MUKA DPN

Ahad, 3 Mac 2013

NILAI MURNI


Assalamualaikum wbt murid-murid sekalian,
bagaimana dengan latihan  penulisan kamu?
 Cikgu percaya, kamu telah mengarangnya dengan baik.

Hari ini, cikgu  ada tugasan baru untuk kamu semua.
Cikgu mahu kamu tonton filem pendek di bawah dan
senaraikan 10 nilai murni yang terdapat dalam filem pendek tersebut....

 Selamat menonton..


Jangan lupa catatkan 10 nilai murni yang terdapat di dalam video yang telah kamu tonton... Bawa  catatan kamu pada hari Isnin nanti.

Sabtu, 2 Mac 2013

KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Bertemu kembali....

Buat murid-murid yang disayangi, pada kali ini kita akan membuat latihan penulisan pula iaitu karangan autobiografi.

Masih ingat bagaimana cara menulis karangan berbentuk autobiografi?

Jika ada di antara kamu yang telah lupa, cuba layari URL ini sebagai panduan untuk menulis karangan yang berkesan.

http://missezhafirzan.blogspot.com/2012/03/petua-penulisan-karangan-bahasa-melayu.html

Latihan.
Sila baca arahan di bawah.


 

Tulis sebuah karangan autobiografi bertajuk " Aku Sepasang Kasut ".

Sila hantar karangan kamu pada hari Isnin nanti....


PENJODOH BILANGAN

PENJODOH BILANGAN

Isi tempat kosong dengan penjodoh bilangan yang sesuai.


          tongkol       titik         butir         gugus        batang

  1.  Mak Limah membeli ___________ anggur di kedai buah-buahan itu.
  2.  Lengan baju Cikgu Laila terkena beberapa ____________ dakwat merah.
  3.  Pemburu itu menggunakan beberapa _____________ peluru untuk menembak rusa itu.
  4.  Petani itu memberikan sepuluh _________________ jagung kepada Nabila.
  5.  Ayah membawa dua _______________ joran untuk memancing.



















Khamis, 21 Februari 2013

KATA MAJMUK

Kata majmuk ialah dua kata yang digabung membentuk satu perkataan baru.
Ada kata majmuk yang dieja terpisah dan ada yang dieja bercantum (telah mantap)

Kata Majmuk Dieja Secara Terpisah.
Contoh: 
  •       jari hantu
  •       berus gigi
  •       pasu bunga
  •       kain basah
  •       garam kasar
Kata Majmuk Telah Mantap
(tidak boleh dieja terpisah)
  • matahari
  • setiausaha
  • suruhanjaya
  • antarabangsa
  • tanggungjawab
  • pesuruhjaya
  • warganegara
  • beritahu
  • bumiputera
  • jawatankuasa
  • kakitangan
  • kerjasama
  • olahraga
  • sukarela

Selasa, 12 Februari 2013

AYAT TUNGGAL

Assalamualaikum murid-murid yang disayangi..
Alhamdulillah, dapat kita berkongsi ilmu di sini. Masih ingat apa yang kita pelajari di sekolah pada Jumaat yang lalu? Ya.. berkaitan " ayat tunggal". 

Cuba  kamu berikan maksud ayat tunggal. Ya, ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pelajaran kita, kamu bolehlah melayari URL di bawah ini.

  http://lamanbahasa.wordpress.com/bahan-pp/

Kepada sesiapa yang telah melayari URL tersebut, sila cetak dan tampalkan di dalam buku latihan tatabahasa . Selamat belajar!